Hotel Industri di Malaysia semakin berkembang dan semakin ramai masyarakat membuka minda dan pandangan mengenai industri pehotelan. Jika dulu , sebut sahaja mengenai industri Perhotelan ramai yang memandang industri ini sebagai industri yang tidak mendatangkan apa-apa pulangan. Namun ia berubah sedikit demi sedikit.
Industri ini memberi banyak manfaat terutama dalam industri pelancongan & industri kecil dan sederhana.Banyak kesan positif yang boleh di perolehi daripada industri perhotelan antaranya memberi banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat, menjana pendapatan kepada industri kecil dan sederhana, menjana pendapatan negara dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia.