Thursday, 27 October 2011

Napkin Folding

Napkin merupakan pelengkap kepada table setting. Terdapat pelbagai jenis napkin folding yang boleh diogunakan mengikut tema sesuatu majlis yang diadakan.


Antara lipatan napkin yang boleh anda gunakan ialah Lipatan Candle Fan , Lipatan Bird's of Paradise, Lipatan Lily Goblet , Lipatan Bunga Rose dan Lipatan Diamond Pouch




(1) Lipatan Bird's of Paradise

(2) Lipatan Candle Fan

 (3) Lipatan Lily Goblet
(4) Lipatan Bunga Rose
 (5) Lipatan Diamond Pouch


 Pada awalnya napkin hanya sekadar sehelai napkin tanpa corak yang dilipat begitu sahaja sekadar menghiasi meja makan. Pada masa kini ia digunakan secara meluas dan menjadi salah satu item penting di dalam table setting.

Service Ware

Service Ware merupakan peralatan – peralatan yang digunakan di dalam membuat Table Setting. Antaranya ialah Flatware , Chinaware, Holloware & Glassware.

(1)                     Flatware
Ia merangkumi semua jenis garfu dan sudu. Cutlery juga merangkumi semua jenis alat pemotong dan pisau tergolong dalam kategori flatware. Cutlery dan flatware diperbuat  daripada Stainless Steel kerana tahan lasak , tidak mudah calar dan tahan karat.

Contoh Flatware :  Table Spoon , Table Fork & Table Knife

(2)                     Chinaware / Crockery

Chinaware atau Crockery ialah peralatan yang diperbuat daripada tembikar. Ia sering digunakan kerana ia mudah dikendalikan.


Contoh Chinaware : Dinner Plate , Coffee Cup & Saucer 



(3) Holloware

Ia tergolong daripada semua peralatan yang diperbuat daripada perak selain daripada sudu, garfu dan pisau. Tea Pot , milk jug dan juga oval plate adalah contoh holloware. Kebanyakan peralatan yang dibekalkan dan digunakan adalah dihasilkan daripada perak ataupun besi tahan karat. 



Contoh Glassware - Tea Pot & Milk Jug


 (4) Glassware

Ia merangkumi pelbagai jenis gelas yang mempunyai pelbagai bentuk , saiz, kualiti dan rekabentuk. Terdapat tiga jenis gelas iaitu: Stemware - glasses with stem
Tumblers - glasses without stem
Fountain - decorative glass



Contoh Glassware - Goblet , Red Wine Glass & White Wine Glass









Espresso

Setiap individu mempunyai pelbagai citarasa dalam minuman dan salah satu minuman yang menjadi pilihan dari pelbagai golongan adalah Coffee.

Terdapat pelbagai jenis Coffee antaranya adalah Espresso. Espresso adalah Coffee yang dibuat dengan mengekstraks biji kopi menggunakan wap panas pada tekanan tinggi.

Terdapat pelbagai jenis minuman daripada Coffee yang boleh dibuat menggunakan Espresso. Antaranya ialah :

(1) Latte (Coffee Latte)
Merupakan sejenis kopi espresso yang ditambahkan susu dengan nisbah antara susu dan kopi adalah 3:1
 Latte (Coffee Latte)

(2) Caffe Macchiato
Merupakan sejenis kopi espresso yang ditambahkan susu dengan nisbah antara susu dan kopi adalah 4:1
Caffe Macchiato

(3) Cappucino
Merupakan sejenis kopi dengan penambahan susu, krim dan serpihan coklat.
Cappucino



Terdapat pelbagai lagi jenis hidangan minuman coffee yang terdapat di dunia. Terpulang kepada pilihan dan citarasa setiap individu.